Berkat doa ibu dan niat bawa ibu ke umrah, Syura muncul Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2...


Kasih ibu membawa ke syurga, doa ibu bawa Syura rangkul Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 sekaligus menyumbang sebanyak RM60,500 kepada Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory. Syura juga memenangi hadiah  berupa 2 tiket A380 kelas Perniagaan, pergi balik ke Paris sumbangan Malaysia Airlines.

Menewaskan 18 Selebriti seperti Celina Khor, Sharifah Shahora, Kenchana Dewi, Michael Ang, Rozita Che Wan, Norish Karman, Sathiya, Afiq Muiz, Cat Farish, Yassin Yahya, Radhi OAG, Syanie Hisham, Aliza Abdullah (Enot), Lydiawati, Keroz Nazri, Sabhi Saddi, Datuk Hj. Aznil Nawawi dan Zain Saidin. Syura ternyata menyerlah di swat akhir apalagi pilihan-pilihan menunya ternyata menepati citarasa dan tema "Sajian Sehangat Bintang".

Dalam cabaran akhir, Syura dan Celina berentap dalam menyediakan menu untuk 9 orang VVIP Kelas Pertama dalam sebuah penerbangan Malaysia Airlines.  Sajian mereka hendaklah disediakan dalam masa 3 jam dan terbahagi kepada sejenis sajian pembuka selera, sejenis sajian utama dan sejenis sajian pencuci mulut. Ternyata, sajian ciptaan Syura iaitu; 'Avocado Ketam Berkasih' (pembuka selera), 'Sesuci Cinta Syura' (sajian utama) dan 'Salju Hati Merindu' (penuchi mulut) berjaya menambat hati para pengkritik dan para juri tetap iaitu Chef Jo, CHef Zubir dan Chef Adu Amran.

"Syura bijak memilih ayam sebagai hidangan utama. Kalau kita hendak menghidang sesuatu sajian kepada pelanggan, kita akan lebih selamat sekiranya kita memilih ayam sebagai bahan utama kerana hampir semua orang makan ayam. " Kata Chef Adu Amran ketika ditanya mengenai kekuatan Syura dalam pemilihan menunya. Tambah chef Adu, "Kelebihan ini juga ditambah dengan kemajuan beliau dari episod 1 sehingga ke episod akhir yang mana dahulunya beliau tidak begitu mahir dalam menyediankan sajian bertemakan barat. Akhirnya, berkat kesungguhan Syura belajar dan meneliti segala teknik yang diajar oleh kami, para Chef juri sepanjang pertandingan membuatkan beliau lebih akin pada cabaran akhir ini."


Comments